Monday, September 17, 2012

Persediaan mengecat

Aku dalam planning untuk mengecat rumah, walaupun dah habis raya tapi waktu ni lah yang paling sesuai pun nak buat kerja2 mengecat ni. yang nak mengecatkan kami laki bini jadinya banyaklah jugak kerja kena buat sebelum tu.



Perlu tahu tentang berus cat;

1. Pilih berus yang berkualiti baik untuk mengecat dinding dan siling. ini kerana berus yang berkualiti rendah biasanya akan mudah tanggal dan berceracak. tu yang kekadang perasan ada bulu cat tertinggal dekat dinding dan sama mengering dengan cat sekali.

2. Gunakan berus yang mempunyai lebih kurang 20cm lebar kerana ia akan memberikan daya sapuan yang lebih pantas dan menyeluruh. bagaimanapun, jika tidak biasa menggunakannya, pergelangan tangan akan mudah penat. penggunaan berus yang mempunyai lebar 15cm dan berus selebar 5cm untuk mengecat bahagian pinggir permukaan sebenarnya agak memakan masa untuk menyempurnakan sesebuah proses mengecat. bagaimanapun, ia tentunya lebih selesa dan kurang memenatkan dan taklah lenguh tulang tangan.

3. Sapukan bulu berus pada tapak tangan untuk membuang habuk dan bulu kasar sebelum berus mula digunakan buat kali pertama.

4. Merendam berus baru ke dalam minyak biji rami selama 24 jam sebelum digunakan akan membuatkan aplikasi berus ketika mengecat lebih lancar dan mudah dibersihkan. sebelum mula mengecat, bersihkan minyak rami dengan cecair spirit putih dahulu.

6 comments:

Azian Elias said...

Great job.. Good luck..

azieazah said...

Mengecat sendiri memang penat sedikit tapi jimat dan puas hati...!

Mimy Hamid said...

nampak orenje

Ann Ishak said...

Azian Elias - thanks kak

Ann Ishak said...

Azieazah - mau lengguh tangan2 ni kak :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - apa yang oren?!!