Thursday, September 20, 2012

Pilihan jenis cat

1.Pergilah ke mana2 kedai DIY dan akan mendapati hanya terdapat dua jenis cat sahaja di pasaran iaitu cat berasaskan air dan cat berasaskan minyak berdasarkan label pada tinnya. untuk hasil cat yang terbaik, gunakan jenama cat yang sama untuk cat primer, undercoat dan topcoat.

2. Cat berasaskan air ini termasuklah emulsi, quick drying eggshell dan cat air berkilau. jenis yang dinyatakan ini sangat ideal untuk dinding, manakala jenis yang berkilau pula lebih sesuai untuk mengecat interior daripada material kayu. cat emulsi moden pulak biasanya mengandungi vinyl yang membuatkan ianya tahan lasak, sangat mudah dibersihkan dan tersedia dalam kemasan yang pelbagai.

3. Cat berasaskan minyak pula tersedia dalam eggshell dan licin, kemasan berkilat, kemasan berlakuer dan cat untuk besi. cat jenis ini diciptakan untuk mengecat di bahagian lasak merangkumi kayu dan besi di bahagian dalam dan luaran. oleh kerana cat minyak mudah terbakar, maka amat perlu untuk menyimpannya dengan rapi sebagaimana arahan terbaik penyimpanan oleh pengeluar. bau cat minyak juga kurang menyenangkan. oleh itu, pertimbangkan untuk menyediakan pengudaraan yang sempurna setiap kali menggunakan cat jenis ini.

8 comments:

QasehnyaRania said...

best buat keje mengecat ni..tp tunggu dok rumah sendiri dulu la..hihi

singgah petang =)

duniafana said...

sempoi...nak cat pondok di rumah

Norhafizah (Lina) said...

ingatkan cerita pasal kucing.. rupa nya cat rumah. hihi

Mizz ErMa said...

ehem2..akak tgh nk plih cat utk renovate rumah ke? hehe

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - thanks rania :)

Ann Ishak said...

duniafana - meh cat sama2 :)

Ann Ishak said...

Norhafizah - u salah channel lah kak :)

Ann Ishak said...

Mizz Erma - taklah dek, nak cat bilik tido je ahaksss :)