Friday, September 14, 2012

Satay Tulang myhometown Jelebu

Dari kecik lagi sampailah sekarang ni aku suka makan satay ni. satay ni special ye, bukan macam satay2 yang biasa tu banyak daging dan lemaksss. dah lama rasanya tak makan, last merasa masa sebelum puasa lagi. erm aku memang setiap bulan pasti datang bungkus/makan satay ni...dah sebulan sekali mesti balik kampung Jelebu jengguk makcik pakcik. suka beli dekat tempat asalnya sendiri yang terletak di Pekan Kuala Klawang, tapi ada jugak cawangannya di Dataran Senawang (berhadapan dengan Ice Room).

Inilah rupanya satay tulang RM1 untuk secucuk, sentiasa beli 30 cucuk sebab aku sekeluarga makan sukaaaaa makan satay ni. walaupun namanya satay tulang, tapi tidaklah tulang semata saje tapi adalah jugak dagingnya dari lebihan ayam yang di buat satay, jadi untuk tidak membazir, tulangnya jugak dijadikan satay. nampak macam rentung je kan, tapi percayalah...sedappp ;p

Yang ni pulak satay ayam, sedap jugak tapi aku memang kureng sikit dengan satay daging2 macam ni. setakat makan secucuk 2 je cukuplah, maybe sebab daging cepat kenyang. tapi kalau di beri pilihan untuk memilih, memang aku akan pilih satay tulang semestinya.

4 comments:

Mimy Hamid said...

pernah lalu sini tapi kedai satay baru nak bukak kedai..huhuhu guane nak tunggu

Abdullah Ishak said...

Cubalah pula di Jalan Reko Kajang....

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - takpe next time boleh cuba lagi

Ann Ishak said...

Abdullah Ishak - oh dekat Jalan Reko Kajang ada ek, apa nama kedainya?!!