Saturday, September 15, 2012

Save Baby Taqhif

22nd update;

“Salam. Syukur Alhamdulillah, Petang Semalam Muhammad Taqhif Telah Discharged Dari Hospital Gleneagles. Terima Kasih Atas Doa, Semangat & Ambil Berat Dari Anda Semua Yang Amat Prihatin Terhadap Taqhif. Dengan Izin Allah swt Moga Baby Taqhif Kuat Semangatnya Melawan Sakit Pedih Di Tempat2 Jahitan Pembedahan Yang Telah Dilakukan.

Mohon Maaf Buat Masa Ini Muhammad Taqhif Masih TIDAK BOLEH Menerima Sebarang Lawatan Atau Tetamu (Walaupun Dari Keluarga Terdekat) Kerana Taqhif Masih Lemah & Perlukan Masa Sebaik Mungkin Untuk Kembali Sihat. HARAP SEMUA FAHAM DENGAN KEADAAN BABY TAQHIF & MENGHORMATI PERMINTAAN KAMI Kerana Anak Kecil Ini Sangat2 Perlukan Rehat Secukupnya. Kami Mahu Yang Terbaik Untuk Baby Taqhif, Di Mana Kami Pasti Anda Semua Juga Mahukan Yang Sama.

TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA DI ATAS SUMBANGAN Yang Telah Dihulurkan Dalam Membantu Kami Mencari Dana Untuk Pembedahan Baby Taqhif, Hanya Allah swt Dapat Membalas Atas Setiap Sokongan & Pertolongan Anda. Setinggi Tinggi Penghargaan Juga Kepada Semua Individu Yang Sudi Membantu Kami Dalam Membiayai Kos Pembedahan & Rawatan Baby Taqhif.

Sekali Lagi Terima Kasih Di Ucapkan Pada Semua. Dari Hari Ke Hari Kami Akan Sentiasa Update Tentang Baby Taqhif. InsyaAllah. Mohon Doakan Agar Taqhif Cepat Sihat, Cepat Lega Dari Pedih Sakit Di Jahitan Luka, Kuat Semangatnya Untuk Menempuh Segala Kemungkinan Yang Mendatang & Mohon Juga Agar Taqhif Dapat Bernafas & Terus Membesar Seperti Baby Baby Lain. Amin Ya Allah. ♥ “

No comments: