Friday, September 7, 2012

Save Baby Taqhif

15th update;

"Assalamualaikum. Salam Jumaat Semua. Update Tentang Muhammad Taqhif, Baby Taqhif Masih Belum Sedar Sepenuhnya Namun Keadaannya Stabil. 1pm Hari Ini Taqhif Akan Di Beri Susu Melalui Tiub Kerana Sudah 2 Hari Berpuasa.

Keadaan Ibu Taqhif Pula Kurang Sihat (Batuk & Demam) Kerana Sudah 14 Hari Ibu Taqhif Menjalani Proses Berpantang Yang Tidak Teratur Kerana Terlalu Risaukan Muhammad Taqhif.

Mohon Kepada Kaum Bapa & Kaum Muslimin Yang Akan Ke Masjid Untuk Solat Jumaat Sebentar Lagi, Kami Mohon Doakan Lah Juga Untuk Muhammad Taqhif Agar Cepat Sedar & Sembuh Sihat Seperti Baby Yang Lain.

Terima Kasih Atas Sokongan Semua, Kami Amat Amat Terharu Atas Doa & Semangat Yang Diberi Dari Anda Semua. InsyaAllah Kami Akan Update Setiap Masa Pabila Ada Improvement Pada Muhammad Taqhif. TQSM EVERYONE. SANGAT SANGAT KAMI HARGAI ♥ "

16th update;

Salam Semua. Berita Tentang Muhammad Taqhif Boleh Dibaca Di Dalam Paper Berita Harian, Harini (7/9/12) Di Page N6, Mohon Doakan Agar Taqhif Cepat Sedar, Sembuh & Sihat. Kami Masih Menunggu Di Hospital. Come On Taqhif! Strong Boy Will Fight Till The End. Mama & Ayah Wait For You Sayang. ♥



17th update;

Update! Situasi Sebenar Baby Taqhif Di Dalam ICU/CCU Gleneagles Hari Ini, Sehari Selepas Pembedahan. (Dapatkah Anda Lihat Taqhif Di Atas Katil Tu? Tersangat Kecil Badannya.) Susu & Oksigen Diberi Menggunakan Tiub Di Bahagian Kiri & Kanan Hidung. Ditambah Pula Ubat Ubatan Yang Dicucuk Ditangan & Tiub Untuk Darah Kotor Keluar Dari Tempat Yang Dibedah.

Alhamdulillah Taqhif Sudah Sedar Petang Tadi Cuma Tak Terkeluar Suaranya Pabila Menangis, Hanya Dahi Berkerut, Mungkin Menahan Sakit. MasyaAllah, Tak Terbayang Bagaimana Bayi Sekecil Berumur 14 Hari Terpaksa Menahan Sakit Dibelah Dadanya. Allahuakbar.

Mohon Doakan Muhammad Taqhif Cepat Sembuh & Sihat. Terima Kasih Semua Atas Doa & Semangat Yang DiBerikan. Amin Ya Allah. ♥


4 comments:

izz iizza said...

semoga cepat sembuh..amin..

Mimy Hamid said...

sayu sedih tengok baby macam ni..teringat masa Fayel masuk nicu sebab jaundice..bergenang air mata tengok nasib baby kat situ yg lain..

Ann Ishak said...

izz iizza - amin

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka ye