Friday, September 14, 2012

Tip pembersihan candelier kristal


1. Jangan mula bekerja sebaik sahaja lampu dimatikan, sebaliknya biarkan lampu tersebut berada dalam keadaan sejuk. nak lagi selamat, tak payah nyalakan pun takpe...pitam jugak nak bayar bill elektrik kan kalau hari2 gunakan lampu jenis ni.

2. Pastikan tangga berada dalam kedudukan yang stabil dan si pemanjat tu nanti adalah selim melim orangnya ;p

3. Letak selimut tebat atau terlipat di bawah gantungan lampu loket sebagai pelindung sekiranya ada bahagian lampu yang jatuh ke lantai. sayang kalau pecah weh kena jaga betul2.

4. Sebelum mula membuka bahagian2 lampu loket, disarankan mengambil gambar dari beberapa sudut sebagai panduan untuk memasangkannya kembali. jika tidak pun, lekatkan maskin tape yang bernombor...lagi senang.

5. Buka bahagian lampu satu persatu dan letakkannya di atas selimut dengan berhati2, jangan nak berani2 main lempar sambut bawah pulak.

6. Setelah semua potongan kristal diturunkan, pindahkannya ke dalam penapis plastik dan bilas di bawah air yang panas (suam2 kuku pun okay).

7. Gunakan detergen ringan atas potongan kristal dan terus bilas sisa sabunnya, jangan pulak di pakai clorox ye.

8. Keringkan bahagian yang dibilas tadi di atas selimut dan pasang kembali setiap komponen ikut nombor or base pada panduan gambar tadi.

9. Sentiasa memakai sarung tangan putih ketika mengeringkan dan memasang kristal. ini untuk mengelakkan kesan cap jari kelihatan pada permukaan komponennya, tinggi weh kalau polis nak ambik cap jari pun ;p

10. Jangan memutarkan lampu kristal, sebaliknya diri sendiri perlu berjalan atau memindahkan tangga di sekitar lampu sepanjang proses pembersihan. istilah paling syok kiranya macam 'naik tangga turun tangga'.

11. Sediakan cecair pembersih iaitu satu bahagian isopropyl alcohol dengan tiga bahagian air suling. kemudian tuangkannya ke dalam botol penyembur. jangan gunakan pencuci segera kerana ia mengandungi ammonia atau bahan kimia yang boleh memudarkan kilauan kristal. kalau dah tak berkilau, baiklah tak payah pakai candelier kristal dalam rumah kan.

12. Kristal perlu dibersihkan apabila ia kelihatan berhabuk dan nampak malap. kekerapan pembersihannya bergantung pada lokasi asal, jenis dan bentuknya. untuk pembersihan ringan, lakukannya secara berkala setiap dua atau tiga bulan sekali dengan mengunakan feather duster, berus solekan atau lambwool duster. selebihnya lakukan pembersihan terperinci setiap 6 hingga 9 bulan sekali. setahun sekali pun boleh jugak, asalkan bersih berkilau sudah cukup puas hati kan.

No comments: