Tuesday, September 18, 2012

Walimatul urus pesta buah2 tempatan

Apa lagi kalau cuti panjang ni selain dari pegi open house yang dah hujung2, bertandang ke majlis nikah kawin jugak. majlis akad nikah telah berlangsung minggu lepas di Jasin Melaka. aku tak dapat datang waktu tu tapi untuk majlis bertandang ni, aku pun bertandang samalah ke rumah makcik sebelah arwah ayah. yang raja sehari ni adalah anak buah sepupu (sepupu punya anak) aku.

adalah yang menegur dari luar, tu yang semua pandang ke luar, maklumlah kami ni memang suka berkumpul seperut je :0

Okay sebelum datangnya tetamu belah perempuan, posing2 dulu ala2 tetamu...lepas ni memang tak dan nya nak bergambar sakan, ada kerja sedang menunggu ni. tetamu setempat dah mula datang, budak2 dah bawak bakul bekas telur gula2 bagai untuk dibagi pada tetamu.

lagi2 ambik gambo, walhal sepupu sepapat dah melaung suruh siapkan meja makan beradap

Aku dengan my sista dah menghilang pegi siapkan meja makan pengantin raja sehari ni, mereka2 yang tinggal bantai sambung bergambo.

inilah anak buah sepupu aku

dengan wife nya orang Melaka jugak

blue and white

pasangan mempelai bersama nenek tersayang merangkap makcik aku

Selesai semuanya belah petang tu, bertempiaran balik ke Villa Atok. plan paling hebat, nak makan durian dengan rambutan. memang pesta sebakul durian dengan rambutan, makan sampai lebam...maaf takde gambo sebab bila dah sampai rumah tudung semuanya dah terbang sama. memang TIDAKlah nak bergambo kan.

2 comments:

Rai Ourkizuna said...

waiii..kak ann..saya pun hendak pesta buah buah jugak..musim raya jemu jugak asyik makan berat je.. hehe..

Ann Ishak said...

mesti best sangat kan rai :)