Monday, October 8, 2012

Bestnya raya

Sapa kata raya tak best, best woo... kalau ada jugak yang kata tak best tu, tak dapatlah nak menolongnya. pada saya hari raya adalah hari yang paling seronok, dapat berkumpul dapat makan2...kiranya feel tu memang lain dari hari yang biasa ni. apatah lagi kalau budak2 kan, oh seronoknya...

Selepas settle sebelah mertua, kami shoot balik Negeri Sembilan pulak sebelah keluarga saya. seronok bagi saya kerna dapat beraya di kedua2 belah pihak sekali harung. malam raya bersama sebelah mertua, pagi raya bersama keluarga sendiri. walaupun penat tapi berbaloi2. perjalanan dari KL to NS tu taklah panjang sebab tak jammed. orang dah balik kampung sejak dari hari Rabu lagi, kami malam raya baru nak balik. bersenanglah di jalan raya yang agak tak banyak kereta tu. 

Dekat sebelah sini (NS) lain pulak kisahnya;

Sampai2 je, apa lagi cari benda yang boleh di ngap2 dulu. aktiviti malam raya adalah bakar membakar BBQ...haa kami dari malam raya dah berBBQ, sampai malam raya ke dua. sampai dah tak lalu lagi nak tengok lauk2 panggang tu. tak payah pikir pasal lain2 pun sebab dah ada yang buat ahaksss... tak percaya, tu ha...ketupat dah siap anyam. untunglah ramai yang pandai anyam

Nak masukkan beras dalam losong ketupat, pun dah ada yang buat...untunglah ramai anak2 buah

Nak gosok baju, pun dah ada yang buat...untunglah, eh silap. baju saya dan Faizal memang dah siap gosok dari dobi, yang bersangkut tu baju raya orang lain yang tuan masing2 gosok sendiri. mengosok kena tunggu giliran, iron ada satu dek. itu semua adalah aktiviti di malam hari sebelum masuk tido pastinya.

Aktiviti di pagi raya adalah menyediakan juadah hari raya. siapa2 yang dah bersiap nak ke masjid akan makan dahulu sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya. saya tak dapat ke masjid untuk solat sunat hari raya Aidilfitri tahun ni, insyaAllah ada rezeki raya akan datang.

2 comments:

Nasuha said...

btul. dapat berkumpul skeluarga. sblm hr raya berkeja sma tlg mak kt dpur, kms rumah dn mcm2 lg.
klu bab mknn, sy suka mkn ktupat , rendang, bihun sup dn bnyk lg..hihi

Ann Ishak said...

best kan menu hari raya :)