Monday, October 8, 2012

Cara mandi wajib

Taharah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 3 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

 
Soalan

Apakah boleh ustaz jelaskan tatacara bagaimana mandi wajib dengan sempurna. Saya bimbang sekiranya saya silap mandi wajib sehingga menyebabkan segala amal ibadah saya menjadi sia-sia.

Jawapan

Cara mandi wajib yang sempurna ialah bermula dengan membersihkan kemaluan daripada najis, kemudian mengambil wuduk. Selepas itu, mulakan mandi dengan menjirus kepala terlebih dahulu sambil berniat "Aku mandi wajib kerana Allah Taala".

Kemudian basuh bahagian badan dari atas ke bawah dengan tiga kali basuhan. Sewaktu membasuh bahagian kemaluan, perlu duduk mencangkung dan digosokkan bahagian dubur dan segala perlipatan-perlipatan tubuh. Semua bulu dan rambut wajib disampaikan air padanya supaya mandi kita itu sah bagi beribadah.

Sekiranya memakai cincin, tanggalkan cincin itu sebelum mandi supaya air sampai dengan rata pada celah-celah jari

2 comments:

Lia said...

info yg bagus.. :)

Ann Ishak said...

Lia - terima kasih, saya cuma berkongsi ilmu :)