Friday, October 19, 2012

Corus Paradise Resort Port Dickson

Bila lalu sebelum ni, mata mesti tertarik dengan lampu2 yang menarik meriah + nampak happening sangat. terdetik dalam hati, mesti dalam pun cantik jugak ni...selalu kalau on weekend penuh parking. Faizal pernah tanya jugak, 'u pernah stay dekat sini ke, nampak happening je?'. sebenarnya saya pun tak pernah stay lagi dekat sini lagi, tapi yang saya tahu hotel ni memang dah lama since saya masih bersekolah. terdetik dekat hati, satu hari nanti nak jugak stay dekat sini.

Akhirnya yang di pasakkan azam tu dah pun tercapai. saya buat reservation waktu ni thru Groupons, bila compare dengan harga sebenar memang adalah murah yang dekat Groupons tu. tapi hati adalah tidak berapa nak senang bila baca review tentang hotel ni yang tak berapa nak menyenangkan tapi takpelah, tak cuba sendiri memang takkan tau hakikat sebenarnya.

Katil yang besar tapi alahaiii, bergoyang2 kalau turun naik dari katil ni. is not a build in bed. mujur pengantin dah lama, kalau pengantin baru dinasihatkan janganlah dek oiiii boleh dengar orang sebelah tau katil tu bergegar. dan yang paling tak best sekali, tilam tu terasa spring menikam belakang, mau sakit2 belakang jadinya. tapi dekat entrance dan lobi hotel ni memang cantik, tak dan nak ngambik gambar pun...senang citer, tak seindah luaran dan dalaman la.
Ada persamaan dengan hotel erm...takpe malas nak cakap. perabut dalam bilik ni adalah nampak lama. cat dinding dalam bilik pun nampak macam lama dah lama tak di tukar dengan cat baru, kusam je warna bilik. ada yang bestnya jugak, semua bilik adalah mengadap laut, takde yang mengadap jalan raya rasanya.

TV pun zaman 90an, siaran pulak adalah hawau sangat. yang paling geram tu, tv takde remote control. sudahnya tengok satu channel je sebab malas nak bangun tukar manually. tv tu dahlah comel bebenar, diletakkan pulak dekat atas tv cabinet yang tinggi, kalau berbaring di katil memang saya kena pakai bantuan 2 mata lagi (spec), tak nampak + silau.

Ni dia kononya channel banyak tapi... siap boleh ada kesan conteng2 lagi.

Water pressure yang kuat, adalah suka di sini. 

 Toilet yang bersih.

Toileteries, tapi macam biasalah saya memang tak guna langsung walaupun hanya untuk cotton bud. overall hotel ni adalah okay je bagi saya, taklah sampai tak boleh nak datang lagi dah lepas ni kan.

4 comments:

Mimy Hamid said...

ekin pegi masa raya last year..dia kata ok pulak..jenis bilik kot

Rai Ourkizuna said...

corus ni kalau kat kl tu boleh tahan gak kan ratenya..

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - tahlah

Ann Ishak said...

Rai - biasalah rai, harga kee eel :)