Wednesday, October 17, 2012

Daging masak blackpepper atas permintaan

Kenapa atas permintaan?!! Faizal nak bawak untuk portluck di office nya dan his buddy yang requested. okaylah permintaan orang, saya buatkanlah. takut ada yang kempunan nak makan pulak nanti :). kalau nak ikutkan, saya memang jarang masak daging di rumah kecuali bila ada permintaan macam ni je. ada jugak yang tanya resepi kan...nah ambik ;p

Hiris nipis daging, cuci dan toskan. tumbuk lumat biji lada hitam, bawang putih dan halia kemudian perapkan daging tadi bersama bahan tumbuk tu. campurkan sekali dengan kicap cair dan sos tiram. perap selama 30 mins kurang2nya tapi saya perap semalaman di dalam ais gobok.

Selepas di peram, panaskan sedikit minyak dan masukkan leek yang dipotong kasar.  selepas itu masukkan daging perap bersama dengan jusnya sekali. kacau rata dan kecikkan api, tuang air jika perlu dan masak sehingga daging empuk.

Selepas daging empuk, masukkan capsicum yang di hiris kasar. nak cantik, ambik 3 color trafic light tu...baru meriah nampak daging nanti. kemudian masukkan bawang besar yang di belah 8 dan masak sehingga layu. perasaan dengan garam dan gula, biarkan sehingga kuahnya pekat.

Selepas tu bolehlah dihidang.

Saya bagi sejuk sekejab dan masukkan dalam bekas tupperware ni. nampak macam sikit je kan tapi sebenarnya banyak, untuk 40 orang makan. alhamdulillah, habis licin bak kata laki ku. saya ada add on sekali kek lapis sebagai desert...

6 comments:

Kathy Tuah said...

leh try ni sbb nampak sedap je..yg penting nak buat pun nmpk mudah ^^

Aine Ainun said...

Sedapnya....
Murag rezeki Jamu org makan...=))

Mimy Hamid said...

tu dia 40 orang...gojes la masak

Ann Ishak said...

Kathy Tuah - memang senang je, cubalah :)

Ann Ishak said...

Aine Ainun - alhamdulillah, rezeki diorang nampaknya :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - kelebihan sebab biasa buat kenduri :)