Monday, October 1, 2012

Ikan Bakar Bellamy

Kali ni pekena ikan bakar yang dekat2 je, selalu makan ikan bakar yang dekat Melaka je kan. tentu uolsss biasa dengar tempat makan ikan bakar fames ni, Ikan Bakar Bellamy yang dekat Jalan Bellamy tu...belakang istana negara lama. saya memang suka sangat ke sana, kalau nak pegi waktu lunch hour...kemain lagi keluar begitu awal. jangan harap nak dapat tempat duduk kalau keluar dari office sekitar 1pm.

Kali ni saya mencuba di cawangan Ikan Bakar Bellamy ni yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, area wajib setiap minggu saya dan suami. memang banyak perbezaan dengan yang dekat Jalan Bellamy sana tu, perasaan pertama yang saya rasa...tempatnya macam takde tarikan langsung, suram muram je. pelanggan pun tak ramai mana pun, maybe waktu saya datang tu memang orang dah kurang ke...itu tidak dikenal pasti pulak. okaylah meh tengok apa yang saya dan Faizal order.

Limau Asam Boi RM4 dan Limau Suam RM1.80. Senang je nak cari tempat ni, located betul2 di depan The Room Hotel. 

Nasi putih, sayur goreng dan telur dadar, ini set bersama ikan bakar. saya rasa bolehlah di makan lagi tapi tak semeriah yang dekat Jalan Bellamy sana tu. ohhhh masih jauh lagi perbezaan rasa makanannya. memandangkan saya selalu makan di sana (Jalan Bellamy), memang jauh sangatlah rasa.

Saya memilih Set C, ikan talapia bakar di hidangkan bersama nasi seperti di atas...harganya RM15 per set. 
Faizal pulak pilih Set B, ikan keli bakar bersama dengan nasi yang sama jugak...harganya RM12 per set.
Ini semua air asam bacinnya dengan kicap bacin jugak beserta kuah tomyam kosong. bolehlah dari takde langsung :(

Secara kesimpulannya saya takde perasaan untuk datang lagi ke cawangan ni, jauh sangat perbezaannya. biasanya orang kata kalau tempat utama sedap, cawangan pun mestilah lebih kurang rasanya jugak kan...tapi tidak pada yang ini. if uolsss nak mencuba, nah address nya;

Ikan Bakar Bellamy
No. 78, GF, Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri
56000 Kuala Lumpur

6 comments:

Kakzakie said...

Patut pun tak ramai yg pergi Ann. Tak apalah kalau tak mencuba tak tahu kan - dah tahu tak payah pergi lagi.

eMMe said...

baik gi makan ikan bakar yg betul2 punye kat Jalan Bellamy tu dear.. so, dah tau rase nye camner kan.. sabar je la... same gak Ana ikan bakar, Bangi, sedap lagi yg kat Tg Lumpur, org ckp la.. kite tak penah try lagi yg kat tg lumpur, mmg ramai org.. kat Bangi pun ramai giler... tah ape tah yg sedap, heheheh...

Mimy Hamid said...

mcam gak william kak...cawangan tak sama la rasa nya...berbeza

Ann Ishak said...

Kakzakie - memang dah tak pergi lagi dekat sini kak :)

Ann Ishak said...

emme - ye ke me, saya dah pernah pegi makan ana ikan bakar yang dekat tg lumpur tu tapi yang dekat bangi belum lagi.

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - cawangan ni pun kene tengok jugak kan, kalau tukang masak best okaylah :)