Friday, October 26, 2012

Korban selera :(

Kalau nak ikutkan tarikh entry ini, tarikh ini bersama dengan Hari Raya Aidiladha. maaf sebab lambat mengucapkan selamat hari raya buat kalian semua.

Tiada sebarang gambar untuk every moment hari raya tu kerana saya diserang sakit perut dari hari mantai (sehari sebelum hari raya) lagi sehingga ke hari minggu. hanya mampu melihat lemang di bakar dan di makan bersama rendang daging. sup tulang di hirup berasap bersama mee kuning/bihun. nasi dagang menanti dengan bauan lemaknya bersama masak ikan tongkol begitu menerujakan. nasi lemak kakak yang kekuningan dek lemak dari santan bersama sambal ikan bilik yang bertakung air mata kalau memakannya. oh nikmatnya sekiranya saya dapat menikmati kesemua makanan itu tapi apakan daya...saya tak mampu langsung untuk makan kerana setiap suapan makanan ke dalam mulut mampu memputar belitkan setiap saluran usus dalam perut. 

Usahkan kata makanan, gambar raya pun tak ada walaupun ketika itu berpakaian jubah hari raya semuanya...oh!!! 

Mungkin ini adalah sebahagian ujian buat saya, berkorban selera di hari raya :(

10 comments:

Sandra Azwan said...

salam dear, that chalet dekat Tanah Rata...;-)

Eri-chan said...

apsal semua entry ko ni 2 minggu lepas...cer citer lebih awal. heheheh

baby comel said...

Heiip, singgah follow sini jga.thanks ya,

QasehnyaRania said...

adakah?

berita gembira bakal menyusul ;D

Nora Karim said...

alahai... kesiannnya... sekarang mesti dah segar bugarkan?! take care...

Ann Ishak said...

Sandra Azwan - okay thanks ya :)

Ann Ishak said...

Eri-chan - memang saja buat macam tu :)

Ann Ishak said...

baby comel - no prob :)

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - idoklah dear :)

Ann Ishak said...

Nora Karim - tq :)