Friday, October 12, 2012

Mandi junub atau mandi wajib

Taharah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 5 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.


Soalan

Apakah perbezaan antara mandi junub dengan mandi wajib?

Jawapan

Mandi junub adalah sama dengan mandi wajib.

Mandi junub disebut kerana mandi itu dilakukan selepas seseorang itu berjunub sama ada keluar mani ataupun jimak (bersetubuh).

Ia juga disebut sebagai mandi wajib kerana mandi itu wajib dibuat.

Mandi wajib lebih umum berbanding mandi junub kerana mandi junub adalah sebab keluar mani atau jimak sahaja. Manakala, mandi wajib ada kalanya sebab keluar mani, jimak, berhenti darah haid dan nifas ataupun kerana melahirkan anak.

No comments: