Wednesday, October 10, 2012

Membersihkan karpet masjid yang terkena air kencing

Taharah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 4 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

gambar ihsan dari google

Soalan

Anak kecil saya yang berumur empat tahun terkencing di dalam masjid dan air kencingnya terkena karpet masjid. Bagaimana cara terbaik bagi membersihkan kawasan terkena najis pada karpet ini?

Jawapan

Sekiranya karpet itu boleh diangkat, maka wajib diangkat dan di cuci di luar masjid. Kemudian, wajib membilasnya dengan air yang bersih selepas membasuhnya. 

Sekiranya sukar mengangkatnya kerana karpet itu di gam pada lantai ataupun ada barang-barang yang berat di atasnya, maka dimaafkan daripada mengangkatnya. Cara memcucinya, tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata di kawasan najis itu. Kemudian, keringkan air itu dengan kain yang dilekapkan di atasnya. Ulang sebanyak tiga kali sampai tinggal lembap-lembapnya sahaja.

Apabila kering, tempat itu dikira bersih dan harus sembahyang ataupun lalu lalang di atasnya.  

2 comments:

Aine Ainun said...

Bagus sharing ni Ann,
apatah lg jd dekat masjidkan...

Ann Ishak said...

Aine - saya hanya berkongsi ilmu bersama :)