Wednesday, October 3, 2012

Minyak wangi tanpa alkohol

Taharah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 2 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
Soalan

Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan, kemudian mengambil air sembahyang. Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan?

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus

Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk, wuduknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk.

Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wuduk seperti pada tangan, maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk.

Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti pada leher, maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.