Monday, October 1, 2012

My Spaghetti Udang Bercili

Lamanya tak ber entry baru, mesti ada yang bosan kan ;D kekangan masa, bila nak ber blog mata kemain mengantuk. alamatnya memang tutup balik notebook, baik naik katil tido je. hari ni pun gigihkan jugak, dan malam ni barulah berjaya buat new entry. macam biasa, entry masih berkisar tentang makan dan makanan...ohhhhhh sungguh saya suka tentang makanan. 

Apa agaknya hidangan korang untuk keluarga malam ni ye, mesti yang hebat2 kan uolsss. saya punya hidangan taklah hebat mana pun, yang biasa2 je. just makan berdua kan, taklah rajin selalu nak masak beria. makan malam saya hari ni, spaghetti udang bercili. cara penyediaannya pun senang bangat, mesti uolsss boleh buat sambil menari oppa KL style nanti.

Rebus spaghetti sehingga masak. hiris halus cili padi dan bawang putih. rebus udang sehingga mendidih dan toskan, simpan air rebusan udang tu. panaskan minyak zaitun, tumis hirisan bawang putih dan cili padi sehingga wangi. masukkan air rebusan udang tadi dan fresh milk (boleh jugak gunakan susu sejat), biarkan sehingga mendidih. masukkan udang, garam dan lada hitam secukupnya, kacau sehingga mesra. akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul rata. sedia untuk dihidang.

 

Macam mana, senang kan...i tell u oledy ;p selamat mencuba ye

2 comments:

munna said...

mudah dan sedap nampaknya.... teringin nak mencuba buat spaghetti sardin...tapi ntah bila..asyik malas je alasannya

Ann Ishak said...

spaghetti sardin, menarik tu munna...buatlah, nanti tepek dekat entry ye