Thursday, October 18, 2012

Restoran Rakyat Seremban

Terlalu lama sudah tak makan dekat restoran ni. akhir sekali rasanya 5-6 tahun yang lepas, ketika itu masih bekerja di company lama. datang makan sini pun dengan kawan2 masa company lama. kalau tak salah masa tu baru balik dari Ansana Port Dickson, masih ingat lagi tak Mimy Hamid. kali ni aku mencari semula restoran ini untuk ditunjukkan hidangan pada Faizal pulak.

Orang Seremban memang tahulah tempat ni, dah lama beroperasi. terletak di bangunan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Rahang. dulu tempat ni femes dengan Restoran Nelayan Sea Food, rasanya dah pindah. tapi masa saya sampai di restoran ni, serasa macam pelik pulak. tempat tak sehappening dulu lagi. orang pun tak berapa nak ramai. tapi makanan ikut cita rasa tekak ku, masih sedap lagi hidangannya. tekak nogori mesti suko bona masakan nogori ;p

Masa ambik hidangan ni, carilah jugak gulai ikan sembilang salai masak dengan pucuk tangki tapi nan ado...sedih sungguh. takpelah dapat jugak gulai tempoyak pucuk ubi dan gulai perut. 
 
Tempat2 makanan berlauk ni memang janggal kalau takde ulam. kita pulak orang melayu memang pelik kalau tak makan ulam ulaman kan. saya suka makan ulam tapi tidak pada jering tu, itu untuk Faizal.

Inilah rupa kedainya, selepas kami keluar dari kedai ni barulah berangsur ramai orang datang. datang awal rupanya, patutlah memula tu cam pelik tak ramai orang. okay perjalanan diteruskan ke Port Dickson, short vacation lagiiiiiiii

6 comments:

Cik Yatt said...

sedapnye makanan tu

Cho Zila said...

saspenjer ingat takder orang.. dah tak sedapker kedaitu.. nampak cam menyelerakan utk tekak orang kampung cam akakni...
jering sedap tau.. esp yang muda2tu..

Mimy Hamid said...

ingat..hari tu gi PD nak cari restoran ni la lupaaaaaaaaaaaaa

Ann Ishak said...

Cik Yatt - :)

Ann Ishak said...

Cho Zila - saya memang tak pandai makan jering kak, dah cuba tapi tak boleh masuk jugak :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - tak rasa jugak ko ingat jalannya :)