Tuesday, October 2, 2012

Sahur buffet @ Concorde Hotel

Taunya kita dah lama meninggalkan bulan yang mulia antara bulan2 yang lain itu, tapi saya masih merasakan ingin berkongsi jugak apa yang saya rasa sepanjang bulan mulia tu. hah nampak sangat, masih ada cerita Ramadhan yang tak habis lagi...samalah jugak dengan cerita Syawal yang masih belum sempat saya entry kan walau satu pun. nantilah...masanya akan tiba jugak walaupun lambat ;p

Sepanjang Ramadhan yang lepas, saya memang tak banyak pegi buffet iftar di mana2 hotel...walaupun ada undangan tapi saya menolak. lagi pun kalau waktu iftar ni, kita bukannya mampu nak makan banyak...rugi je dan membazir tu kan perbuatan syaitan. waktu kejadian ni adalah lebih kurang seminggu lagi kita nak menyambut Syawal, biasalah kalau dah tinggal seminggu nak raya tu...saya ni asyiklah berulang alik ke Jln TAR mencari menambah apa2 yang kurang untuk raya. kalau dah ke sana di waktu tengah malam membawa ke dinihari, haruslah proceed je sahur di luar. kali ni saya dan Faizal decide untuk bersahur di Concorde Hotel, since jalan ke sana pun memang tak jammed pepagi sawat tu.

Dah namanya buffet, menu yang dihidangkan pun agak banyak. boleh bayangkan, kalau dah sahur pun banyak hidangan, waktu iftar maybe lagi hebat kot. waktu sahur memang saya suka makan makanan yang berat2 seperti nasi. lauk pauk adalah meriah tapi saya tak mampu nak ambik rasa semuanya. sebenarnya lupa nak snap pinggan makan Faizal sebab pinggannya meriah dengan pelbagai lauk pauk ni.

Di sini ada jugak menghidangkan hidangan steamboat for sahur, dengarnya sedap jugak.
 
Desert di sini adalah ohsem...i love sweet thing. semua jenis kek dan puding saya ambik, tak tinggal walaupun satu jenis. Faizal memang kureng sikit benda2 manis ni, so saya makan sorang je :)
 
Squeezed Watermelon RM19 ni not included with the buffet ye. order lain selepas teh tarik habis. oh yes, teh tarik di sini memang sedap...saya je minum sampai 3 cawan. nampak tu, waktu saya datang sahur ni, keadaan sekeliling adalah meriah. tak sangka ramai jugak yang datang bersahur di sini. hampir setiap meja penuh, mujur kami pun dapat meja jugak walaupun tak buat apa2 reservation sebelum datang.

InsyaAllah kalau panjang umur, tahun depan bolehlah terjah sahur lagi di sini, so far makanan minuman dan layanan adalah sangat baik.

Harga untuk sahur di Concorde Hotel ini adalah RM39 per pax. masih berpatutan lagi kalau nak di bandingkan dengan harga iftar. ni mampu lagilah, iftar tu mahal sangat nyah...

2 comments:

Mimy Hamid said...

berbaloi la RM39..tahun depan la nak sahur pulak Fayel dah besar sikit

Ann Ishak said...

bolehlah kita plan sama nanti ye