Monday, October 22, 2012

Samak kereta terkena anjing

Taharah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 9 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.


Soalan

Saya bekerja dengan majikan Islam tetapi pejabatnya terletak berhampiran kedai pengusaha Cina yang memelihara anjing. Setiap hari, kereta saya bersentuhan dengan anjing, malah anjing itu juga pernah tidur di bawah kereta saya. Apakah saya perlu samak kereta saya? Sekiranya perlu, bagaimana caranya?

Jawapan

Dalam keadaan seperti yang saudara ceritakan, tidak wajib membasuh kereta saudara sama ada di bahagian atas ataupun bawah kereta kecuali saudara nampak najis anjing itu pada kereta saudara.

Sekiranya memang ada najis anjing terkena pada pintu kereta, buang najis itu terlebih dahulu. Kemudian basuh tempat yang kena najis itu dengan air tanah dan dibasuh pula selepas itu dengan enam kali basuhan air bersih.

2 comments:

munna said...

bagus juga ni.... kadang2 munna tertanya juga.... sebab jiran kat sini ada yg bela anjing

Ann Ishak said...

uh ngeri tu munna :)