Wednesday, October 31, 2012

Sarapan tahap heaven

Hari ni bangun pagi rasanya dalam sejarah lah kot, tak tau rasa bler je tak tau nak sarapan apa. nak buat kodok tepung pun rasanya kerajinan tu hilang tah ke mana. tak makan tak boleh pulak sebab breakfast tu kan penting bagi permulaan hari. tengok cuaca pagi tadi, indah terang panasnya (tapi sekarang dah hujan selebat2nya), rasanya seronok jugak mencari breakfast di luar, my soulmate pun cuti hari ni bolehlah tekan padel minyak jauh sikit. jauh tu taklah jauh pun, we oulsss breakfast dekat Uncle K Kopitiam je yang hak dekat TTDI tu. pada saya, Ampang TTDI dah macam setaman je :) my soulmate boring je, sambil menyungut...'i tak keje pun nak kena datang sini ke...?!!!'. biasalah babe, saya kan nak dapatkan harga discount dia tu, haruslah go for the cheapest LOL... okay what we ate this morning, check it out
 
teh tarik best dengan teh o ice limau
 
makan suap bersama sepinggan nasi briani
 
Jumpa kawan2 sekerjaan, semua ingat mamat ni kerja hari ni. tak ye dek...ahkak saja dating makan bersuap di sini. cik abang ni CUTI.

Anyway good morning peeps...have a nice weekend 

No comments: