Thursday, October 25, 2012

Selar Masam Manis

Ikan selar saja yang tinggal lagi dalam ice gobok, baik perabih masakkan. lepas ni boleh beli bahan2 mentah untuk simpanan seminggu dua, kadang2 tu boleh mencecah sebulan jugak. saya tidaklah memasak hidangan setiap hari pun, saya hanya akan memasak bilamana Faizal cuti sahaja. hari2 yang lain tu, masak yang paling simple2 aje...tak pun makan roti lol. okay hari ni adalah hari cuti, meh saya masak saja ikan yang paling terakhir berada dalam ice gobok ku...Selar Masam Manis.

Bersihkan ikan selar dan toskan. selepas itu lumurkan ikan selar dengan garam dan tepung jagung di kesemua bahagian ikan, kemudian goreng sehingga masak dan asingkan.

Tumiskan bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama2 sehingga naik baru. kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. selepas itu masukkan air nanas dalam tin dan boleh di tambah lagi dengan air biasa. masukkan pula sos cili, sos tomato dan nanas yang di dalam tin tadi. biarkan seketika sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat dan tomata yang dibelah lapan, perasaan dengan garam secukupnya.

Masukkan ikan ke dalam bekas hidangan dan curahkan bahan tadi ke atas ikan tersebut. bolehlah di makan dengan nasi panas. kalau saya, suka sangat sos ikan tu buat cecah dengan roti, layan seh. 

Alhamdulillah makanan lunch kami, ditambah lagi dengan telur dadar dan daging black pepper versi goreng kering.

4 comments:

Anonymous said...

sedapnyer .. simple but sedapkan!

emarieys said...

tak perlu bawang merah erkh..

Unknown said...

Kesuma Angsana - haah KA :)

Unknown said...

Ema Blog - tak payah, tapi boleh ke kalau nak letak :)