Thursday, October 25, 2012

Terima kasih dan maaf sangat2

Waktu ni adalah di awal tahun ini iaitu dalan bulan January gitu, baru sekarang saya terjumpa semula photo ni masih terselamat dalam folder dekat notebook ni. a few day after saya mendapat ole2 ni, ada masalah pada notebook saya dan terpaksa di format semula. biasalah kalau dah format tu, apa segala mak nek dalam ini notebook akan hilang sekiranya kalau tidak di backup. memang dah buat backup tapi end up, saya sendiri tak jumpa file backup tersebut.

Hari ni tah apa kene rajin sangat, saya belek2 segala file yang ada dalam notebook ni, unhide dan hide file semuanyalah dan barulah terjumpa semula backup folder yang saya dah buat sebelum ni. rupa2nya hide file, patut puas cari sebelum ni tapi tak ketemu. 

Sekarang saya dah ketemu file tu dan terjumpa photo2 ni, walaupun memang dah terlalu lama dan lambat sangat untuk di update dalam entry, saya tetap nak jugak entrykannya. sebelum tu saya nak mintak maaf banyak kepada Wahida kerana kelewatan entry ni keluar. saya akui ini memang silap saya :(  


terima kasih babe, saya sangat suka ole2 ini...terima kasih banyak2
 
 cantik kan...saya memang suka sangat
gelang ni saya selalu pakai
Brooch ni saya jarang gunakan kerana saya seorang yang memakai tudung syria, memang tak menggunakan brooch langsung. sekiranya ada majlis2 tertentu atau ketika saya mengenakan tudung bawal, barulah saya gunakan.