Tuesday, November 27, 2012

Azan subuh dua kali

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 20-21 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Adakah hadis yang mengharuskan azan subuh dua kali? Tujuannya bagi mengejutkan makmum dan menunjukkan sudah masuk waktu subuh?

Jawapan

Azan yang pertama sebenarnya adalah pada waktu malam dan azan yang ke dua adalah pada waktu subuh. Tujuan azan yang pertama itu bukan bagi memberitahu masuknya waktu solat, tetapi bertujuan membangunkan manusia mengerjakan qiamullail (solat malam) ataupun bersahur kerana berpuasa.

Manakala azan yang ke dua itu bagi memberitahu manusia waktu solat subuh sudah masuk.

Ini berdasarkan hadis laporan Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amr yang bermaksud:

"Bilal melaungkan azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah kamu sehingga kamu mendengar azan Ibn Ummi Maktum."

6 comments:

Nyue said...

bgas e3 ni..info yg sgt berguna...

Norhaizan hakim said...

Ohhh..baru tahu...

Cho Zila said...

alamak akakpun baru tauler.. thanks yerk...

Ann Ishak said...

Nyue - terima kasih :)

Ann Ishak said...

Norhaizan hakim - :)

Ann Ishak said...

Cho Zila - no promb