Thursday, November 22, 2012

Berwuduk dalam keadaan tangan bersimen

Wuduk - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 16 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
  

Soalan

Saya keliru dengan ambil air wuduk dalam keadaan tangan bersimen. Adakah saya perlu berwuduk seperti biasa (membasuh muka sehingga ke kaki) kemudian bertayamum semula? Ataupun, saya bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?

Jawapan

Sekiranya simen ada pada tangan kanan, mulakan dengan berwuduk dahulu, iaitu basuh muka. Kemudian, tayamum pada tangan kanan bersimen. 

Selepas tayamum, sambung semula wuduk dengan membasuh tangan kiri. Kemudian, sapu kepala, telinga dan basuh kaki seperti biasa.

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

kalau sapu je air kat situ tak boleh eh..macam sapu air sebagai syarat.. sbb pernah dengar jugak pendapat macam tu..tapi tak ingat..

Kesuma Angsana said...

tq share this ye ~

Ann Ishak said...

Rai - tak pasti pulak rai, lebih baik bertanya pada yang arif

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - no prob :)