Tuesday, November 27, 2012

Lontong makan tengahari

Makanan lontong ni sinonim pada musim2 perayaan dan sarapan pagi. tapi kali ni saya sediakan lontong untuk lunch pulak. penggunaan nasi impit tu memang sesuai sangat dijadikan makanan tengahari jugak kan, boleh kenyang sampai ke malam tu. cara nak masak kuah lontong ni pun apa pelbagai cara, saya guna cara yang simple je...boleh makan cepat ;)

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih dan cili kering yang dikisar sehingga naik baunya. kemudian masukkan santan bersama sedikit air. masukkan kacang panjang, lobak merah dan kobis bulat yang di hiris, tauhu kering, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. masukkan pula tauhu dan tempe yang di goreng terlebih dahulu dan biarkan kuahnya mendidih. selepas itu bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi impit.
 
Saya rajin sikit je, tu pasal saya hanya letak telur rebus sebagai hidangan sampingan, kalau oulsss rajin lebih, bolehlah sediakan sambal sotong jugak...mesti lagi sedap lontong tu nanti.

8 comments:

Mizz ErMa said...

ha ah, biasa lontong nih taem raya aje jumpa..hehe tp sy xsuka sgt lontong..sy penah makan sekali aje, itu pon yang mak kawan buat..xsedap pon, tawar semacam aje..lepas tu terus xmakan da lontong sampai sekarang..hehe

~aYu~ said...

gulp.. lapar tgk ni... rajinnya masak..

Lia said...

sedappp

azieazah said...

Ya betul. Kak Azie gemar lontong makan dengan Sambal Sotong. Cuma buat tu yang tak rajin, selalu makan di kedai jer.

Ann Ishak said...

Mizz Erma - cuma erma makan lontong jawa pulak, rasanya lain sikit sebab taruk serunding dan kuahnya lagi pekat.

Ann Ishak said...

aYu - bolehlah kalau nak makan :)

Ann Ishak said...

Lia - :)

Ann Ishak said...

azieazah - hihihi kadang2 saya pun sama jugak kak