Friday, November 23, 2012

Mandi wajib tanpa wuduk

Wuduk - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 17 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Adakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwuduk?

Jawapan

Mandi bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seorang, sedangkan mengambil wuduk bererti mengangkat hadas kecil. Sesiapa berhadas besar, maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wuduk.

Hukum mengambil wuduk baginya tidak wajib kerana apabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecilnya juga terangkat sama.

Hasilnya, seorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wuduk bagi mengerjakan solat  melainkan berlaku perkara yang membatalkan wuduk selepas mandi itu. 

6 comments:

Mrs. Amad said...

penah sum1 tny st soalan ni.nak jwb tak wajib tp sy tak yakin.thanx info

aanie said...

ooo..baru tau....
sblm ni sy tetap berwudhuk lagi...

tq for sharing....

Aishah Jahirah said...

selalu mmg berwudhuk.tq share..:)

Ann Ishak said...

Mrs. Amad - no prob :)

Ann Ishak said...

aanie - saya pun still ambik wuduk jugak lagi.

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - kan, takpelah lebih baik.