Saturday, November 24, 2012

Opocot...mak!!!

Di suatu malam yang hening, tinggal seorang diri si bini yang sibuk bebenar mengadap notebook. normal routine for her update blog, check email dan yang paling penting main online games dengan kengkawan online nya. di luar kedengarannya hujan lebat tak tau bila mau berhenti dengan bunyi guruh yang kadang samar dan kadang kuat.

Sedang si bini leka dengan aktivitinya itu, tiba2 berdentum guruh yang kuat beserta dengan suasana tiba2 gelap gelita. opocot...makkkkkkkk!!!, terdengar jeritan si bini sambil meraba2 dalam gelap gelita. terlangggar jugaklah meja walaupun dah tau yang meja tu memang ada dekat situ selama ni. matlamat si bini hanyalah untuk nak buka pintu utama kerana di luar rumah masih terang benderang, sedangkan dalam rumah telah gelap gulita. dah taulah apa yang terjadi ni, mesti main suiz jatuh disebabkan guruh yang kuat tadi. ceh...memanjat jugak si bini memalam demi nak menyalakan balik lampu2 dalam rumah tu. bila dah terang balik, fuhhh senang hati den...

Beginilah nasib si bini yang selalu sangat keseorangan di rumah :(   

6 comments:

aimaniman said...

alahai kesiannya..

kalau akak, raba hp, kan ada sikit cahaya... drpd buka pintu lagi takutt.....

azieazah said...

Mujur cekap dan cekal hati. Setengah orang ntah dah menggigil dalam gelap.

Mimy Hamid said...

nasib bini cekap tau tau apa nak buat...kalau mimi..hmm mau meraung..hahaha

Ann Ishak said...

aimaniman - handphone pun tak tau masa tu letak mana kak, jalan selamat bukak pintu jelah :)

Ann Ishak said...

azieazah - sebab takut mengigil dalam gelaplah, saya terpaksa beranikan diri jugak :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - kena bersedia, mesti keadaan ni akan berlaku jugak pada kamu :)