Hai uolsss, musim di tunggu sudah kembali lagi...musim apa nak tau tak?!!! musim durianlah dek non. semalam ahkak balik rumah my sista sebab dah dapat panggilan durian ko. haah on the way nak ke Semenyih-Lenggeng tu, di sepanjang jalan memang nampak gerai durian semata dengan penuh kereta berhenti di bahu jalan. yang pasti ahkak tak berhenti dek non, ahkak nak pegi makan durian di pokok dusun sendiri ahaksss.
Dek kerana musim durian dah datang semula ni, tetiba ahkak teringat ingatan semula...rupanya dalam ice gobok rumah tu masih ada lagi sebotol tempoyak yang masih tak bukak lagi. ahkak dah dapat rasa ni, mau akan bertambah lagi botol tempoyak lepas ni...lebih baik habiskan dulu tempoyak yang ada. apa lagi, masak nogorilah kita, sambal tempoyak ikan bilis in the house.
Tumis cili padi, cili merah, bawang merah, bawang besar dan serai sehingga naik bau. kemudian masukkan ikan bilis dan daun kunyit yang di hiris halus. akhir sekali masukkan tempoyak dan santan, kacau sehingga mesra dan perasakan dengan garam dan gula.
Hah senang je kan, cepat lagi cara penyediaannya. ahkak tambah buat lawan2 dengan telur dadar, ulam rebus ulam tak rebus dengan yang paling penting budu wat sambal colek.
***terima kasih kak AzieAzah.
***terima kasih kak AzieAzah.
12 comments:
sedap betul ni!
Salam,
Selera betul nampak sambal tempoyak Ann tu,
Orang ada durian ni beruntung sentiasa dapat makan durian fresh yer.
Hehehe kenapa tajuknya, ikan bilik? hehehe
Alahai Annn...
mencabar sungguh la tgk, meliurkan....
sedapnya......
Mai la anta sini sikit...eheheheheh
sesekali masak gini ajak lah kakak ko ni mkn.. terliur dah ni.
aduhh..sedapnya kak...saya takde la berapa sangat tempoyak..tapi makan je.. hihihi..
Kesuna Angsana - pembuka selera jugak tu :)
Kunang-Kunang - betul tu kak :)
Azieazah - thanks kak, dah tukar :)
Aine Ainun - kalau sebelah rumah, dah lama saya antar tau :)
Norhafizah - u reti ke makan masakan KG. ni hihihi
Rai - boleh je kalau tak letak tempoyak, tapi rasanya kurang kick dek :)
Post a Comment