Thursday, November 29, 2012

Waktu solat di luar kawasan penempatan

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 22-23 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 


Soalan

Sekiranya saya pergi ke tempat asing yang tidak diketahui waktu solat di kawasan itu, bagaimana mahu mengetahui waktu solat yang tepat?

Jawapan

Sekiranya matahari boleh dilihat di kawasan itu, perlu menggunakan matahari sebagai tanda waktu solat.
  • Waktu zuhur bermula apabila matahari mula condong ke sebelah barat dan bayang mula condong ke sebelah timur.
  • Waktu asar bermula apabila bayang lebih panjang dari objek asal.
  • Waktu maghrib bermula dengan tenggelam semua bulatan matahari.
  • Waktu isyak bermula apabila hilangnya cahaya merah di tempat matahari jatuh.
  • Waktu subuh dengan terbitnya fajar, iaitu cahaya sebelah matahari naik mulanya sedikit semakin lama semakin terang.

2 comments:

Rai Ourkizuna said...

zaman sekarang da moden..check je kat tenet..hehehe..sebelum pergi ke kawasan tu search dan print out siap siap..tapi kena tau jugak la semua info ni..

Ann Ishak said...

betul tu rai :)