Tuesday, December 4, 2012

Ayam masak stew untuk dinner

Hidangan biasa2 je, main lebur apa yang ada dalam ice gobok...ayam masak stew. nah kalau berkenan, ambiklah resepi ni.
 
Panaskan sedikit minyak, tumis halia dan bawang putih yang dihiris, bawang besar yang dipotong dadu beserta kulit kayu manis sehingga wangi. apabila bahan tumisan agak garing, barulah masukkan sedikit air, sos tiram, ayam yang dipotong kecik2, lobak merah (potong dadu), seleri (dihiris), kentang (potong dadu), cendawan butang (belah dua), lada benggala (potong dadu) dan cili merah yang dihiris, gaul mesra. selepas itu masukkan sedikit minyak bijan, lada sulah dan perasakan dengan garam. biarkan di atas api perlahan dan masak sehingga ayam masak. angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
 
Selain dari ayam masak stew ni, saya sempatlah sediakan sekali sayur pucuk manis masak lemak, dengan sambal belacan + ulam timun jepun.

2 comments:

azieazah said...

Kak Azie tak pernah masak stew. Rupanya senang saja yer? Thanks, resipi mudah. Nanti nak try.

Ann Ishak said...

no prob kak