Sunday, December 23, 2012

Bercakap ketika khutbah

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 33-34 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
  

Soalan

Setiap kali sebelum khutbah Jumaat, bilal akan berkata, "Sesiapa yang berkata-kata semasa imam sedang berkhutbah, walau dengan perkataan diam sekalipun, maka sia-sia pahala Jumaatnya." Adakah benar orang yang bercakap tidak mendapat pahala Jumaat?

Jawapan

Ini mungkin kesilapan memahami maksud hadis ini. Berdasarkan hadis ini, pahala solat Jumaat tidak hilang dengan menegur orang lain yang membuat bising di dalam masjid. Malah, kita digalakkan menegur dan menasihati siapa saja yang membuat bising ataupun bermain-main ketika imam sedang berkhutbah. Sebaliknya, maksud hadis ini adalah orang  yang menegur kesilapan orang lain itu tidak akan mendapat pahala atas tegurannya itu sekiranya ia dilakukan ketika imam sedang berkhutbah. 

No comments: