Tuesday, December 4, 2012

Cameron Tripkap Bee Farm

Akhirnya selamat sampai di tanah tinggi Cameron Highland (CH) pada 9++am. akhir sekali saya datang ke CH ni adalah semasa masih lagi bertunang dalam tahun 2010, tak ada banyak perubahan yang berlaku. 
 
Dengan hawa dingin seawal 9am, tempat pertama yang kami semua berhenti adalah di Cameron Tringkap Bee Farm. sebenarnya takde itinerary pun untuk trip di CH ni disebabkan kawasannya hanyalah di sekitar kawasan tanah tinggi ni saja. jadi kami main terjah sajolah + memandangkan ketika ni adalah waktu cuti sekolah, pepaham sajalah macam mana macetnya kawasan ni.
 
CH kan sinonim sangat dengan strawberry, jadi benda pertama beli dekat sini adalah strawberry. tak sempat bawak balik apartment, dekat bangku ni berderet anak mak dara makan strawberry. 
 
Lepas tu boleh pulak terjumpa gerai yang jual telur rebus herba ni, terus beli makan situ jugak...sedap makan panas2 di hawa sejuk begini. tambah beli lagi 10 biji bawak balik apartment nanti, sejuk2 ni perut cepat lapar.
 
Plan nak beli madu, tapi dah tersangkut dekat pokok bunga pulak...ini kes berat sebab kereta masing2 penuh, mana nak sumbat pasu dengan pokoknya. dekat sini, boleh masuk untuk melihat/melawat sarang bee tapi kami tak masuk pun...
 
Apa yang ada di kawasan ni, kalau nak mencari sayur2 tu memang payah sikit nak jumpa. tempat ni lebih banyak menjual souvenior.
 
Kebanyakkan kedai masih belum bukak, kalau ada yang dah bukak pun still sibuk susun barang2 lagi.

Apa2 pun memang happy bila bersama keluarga berholiday :) selepas ni terus pegi ke hotel untuk ambik kunci apartment. bestnya boleh masuk apartment seawal 10am.

4 comments:

azieazah said...

Telur herba tu sama tak macam telur pindang?

Ohh suatu hari Kak Azie kena pegi jugak Cameron nih!

Mie said...

Ke Ch ni selalunya memang redah je, tapi lodging kena booking awal juga, lebih2 lagi cuti sekolah ni...

Ann Ishak said...

azieazah - haah kak sama je rasanya macam telur pindang.

Ann Ishak said...

Mie - betul tu, datang masa cuti sekolah adalah waktu yang saya kurang suka.