Tuesday, December 25, 2012

Daging Kambing Yogurt

Makanan yang tidak berkonsepkan hari natal, tidak jugak berkonsepkan hari anniversary...tapi lebih kepada konsep ikut anak tekak selera dan saiz perut sebetulnya. di hari yang very the salji berbentuk air turun dari pagi sampai ke malam, keadaan yang sememangnya sejuk mengalahkan berada di Cameron Highland...adalah lebih enak sekiranya di jamu dengan sesuatu yang mampu memanaskan usus perut yang sentiasa mintak di isi sejak dari celik mata, tutup mata sampai celik mata semula. jadilah hidangan Daging Kambing Yogurt penawar pada segala keadaan. nak resepi...nah!!!

Potong daging kambing kecil2 dan rebus selama 30 minit. panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan2 yang dikisar (jintan halus, jintan kasar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam) dan dihiris (bawang besar, halia dan bawang putih) sehingga naik bau. kemudian masukkan bahan tumis (bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga) dan kacau mesra. selepas itu masukkan tomato puri, kentang dan lobak merah yang dipotong dadu serta daging kambing yang direbus tadi, gaul mesra. kemudian masukkan yogurt, kacang pis dan perasakan dengan garam secukupnya. dah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

saya lawankan sekali dengan telur dadar...

No comments: