Wednesday, December 19, 2012

Feasta buah tempatan

Sekarang ni activity setiap hujung minggu adalah balik kampung makan buah. selagi terlarat makanlah sampai terlentang sekalipun. asal perut boleh sumbat lagi dan lagi, kalau dah senak rehat sekejab lepas tu sambung semula. begitulah seterusnya selagi ada. tapi yang paling best sekali bila dapat berkumpul adik beradik, saat yang paling di nanti2kan.gebang makan gebang dan makan tanpa mengira kadar lemak semakin menebal dekat dinding perut, lupa sekejab segala gaya pemakanan sihat sudah.

 hitam manis si tampuk manggis, siap ada sesi belajar cara2 bukak manggis

 
 antara project deko halaman rumah oleh my BIL, semua ni dia buat sendiri

Ini baru sepokok yang berjaya di tebang dahan untuk memungut hasilnya, pokok yang lain tak sentuh lagi. petik2 gitu untuk makan buahnya aja. berderet berduyun turun ke dusun depan rumah siap bawal kereta sorong sampai dua untuk kerja2 memunggah. ikat mana yang bertangkai dan masuk plastik mana yang dah berderai dari tangkainya untuk diagih2 atau lebih tepat lagi dipaksa bawak balik semua tu. bila dah bawak balik, saya buang kulitnya dan isinya saya simpan dalam ice gobok...perh sedap makan di kala panas terik.

 hanya segugus langsat yang baru nak belajar berbuah

Walaupun takde gambo durian tapi raja buah tu tetap menjadi menu utama diisi keluarga. masih tak berhenti gugur untuk memberi nikmat tekak pada sesiapa yang balik. apa lagi anak buah cuba buat durian crepe pulak, maaflah rupanya tak berkilat...kalau buat jual pun rasanya orang teragak2 nak beli, biasalah mereka baru pertama kali buat tapi alhamdulillah rasa begitu serupa dengan hak jual jugak. sekali tengok dah macam kuih ketayap pun ada durian crepe ni, sebab letak pewarna hijau.

4 comments:

Shalee Abdul said...

wah wah wah bestnya buah manggis!! hmm nmpk pelik durian crepe warna hijau :s

Kakzakie said...

Boleh senak perut kalau makan buah banyak-banyak tapi selagi ada depan mata biasa lupa itu semua.

Ann Ishak said...

Shalee Abdul - pelik tapi sedap :)

Ann Ishak said...

Kakzakie - tau takpe kak, kalau duduk bawak pokok tu...tak sedar termakan banyak :)