Wednesday, December 12, 2012

Hati mendidih

Awal pagi dah pegi pasar pagi, dekat je boleh jalan kaki dari apartment tapi still drive jugak sebab lepas ni kami nak cari breakfast.
 
Membeli barang yang orang pesan, barang untuk dapur sendiri pun ye jugak. hari terakhir ni barulah saya beli sayur2 segar dekat Cameron Highland (CH) ni. tu pun tak beli banyak, beli RM10 dalam 4 jenis sayur jadilah untuk buat makan berdua. jalan seround dua, dah beli barang apa yang patut di beli...lepas tu terus ke Pekan Brinchang untuk breakfast.

Kami sampai dekat Pekan Brinchang dalam 9am++, so dah ada parking kosong. memang tunggu waktu macam ni untuk sarapan pagi di Brinchang, agak2 orang dah mula keluar dari hotel2 yang berhampiran. Kebanyakkan hotel2 murah di Pekan Brinchang tidak menyediakan parking khas, jadi banyak kereta yang akan parking di kawasan parking berdekatan dengan Medan Selera Brinchang. di jadikan cerita, parking di sini adalah terhad. comel kan soft toy tu. nak ikutkan ada banyak color tapi merah dah habis pulak. tapi saya beli jugak, nak tau yang mane...?!!

 ini saya punya, merah takde hijau pun jadilah. anak buah ambik biru, orange dengan kuning tu
 
Muka mamat poyo, bukan sebab apa...masa ni dah ada bunga2 nak panas hati. malas nak reveal kedai mana dan malas nak tengok nama kedai pun. tapi yang pasti kedai ni adalah hak milik orang melayu, Islam dah tentulah kan.

Sempat lagi saya dengan my lovely toy, sekarang masih ada lagi di rumah masih dalam plastik lagi. tak taulah rezeki anak yang mana satu ni ahaks. waktu ni sebenarnya hati saya dah panas dengan tuan kedai minuman tu, mulut tu tak berhenti2 membebel marahkan kami yang pada mulanya dijanjikan BOLEH order minuman. bila kita order air pelbagai, dia dah mula bising kata air panas baru nak masaklah, air tin tak sampai lagi lah...walhal sebelum tu beria suruh kami duduk dan dengan "confident" sangat boleh order minum.

Tak ada masalah pun kalau misalannya air panas tak siap lagi, kami boleh tunggu sambil2 makan makanan yang di order di kedai bersebelahan tapi tuan kedai air tu mulut dia mangaiiiiii bagai bertih jagung ko. siap tangan2 tu pun bergerak sama, tunjuk sana tunjuk sini dan bila tangannya terkena kepala saya...di sini barulah terjadi adegan drama sebabak lawan bertih jagung dengan saya pulak. hati saya yang dah lama panas dan dah sampai tahap mendidih terus je pegi bahasakan balik tuan kedai tu, dia ingat kami ni tak reti nak melawan. walaupun bagaimanapun "customer alway right", nak berniaga buat cara nak berniaga betul2. yang paling penting sekali budi bahasa tu nak cantiklah bai...muka kena ada cahaya bunga matahari, mulut kena wangi bak strawberry celup coklat...barulah pelanggan ramai datang.

Memang saya akan ingat kedai ni dengan muka tuan kedai tu sekali sampai bila2, choiiii betul bila ingat muka mamat tua ni. umur dah banyak, budi bahasa masih kurang di jiwa.
 
Sudahnya my BIL pegi order minuman dekat tempat my sista order makanan. senang je siapnya tanpa banyak cakap. masa budak kedai tu hantar minuman, sempat lagi budak tu cakap dekat kami...tuan kedai air tu memang macam tu, anginnya tak betul la tu. saya yang masih bersisa lagi perasaan marah terus je cakap dekat adik tu "malam tadi gaduh dengan bini agaknya...". dari situ baru kami tau yang kejadian ni selalu jugak terjadi, haiiiiii macam2 ragam peniaga ni kan. okay tutup cerita. meh tengok apa yang kami order dekat kedai makanan tu, sedap tau...:)

Ayam masak merah, MIL pegi letak sambal belacan sekali dalam pinggan tu. sambal belacan tu sedap sangat sampai ambik 2 kali

 ayam goreng berempah

 kami semua makan nasi lemak berlaukkan ayam tadi

Pinggan hidangan pun cantik, alhamdulillah. makanan adalah sedap, patut ramai pelanggan. nama kedai tak ingat tapi datanglah di kedai makan no. 12 tulah kedainya.

6 comments:

Norhaizan hakim said...

Taukeh kedai tu dah kaya kut Ann..bukak kedai tu cuma untuk membuang masa..

fazitaismail said...

lol...

ada jgak manusia mcm tu..order minuman pun nk mrh2 ker..baik takyah niaga kan..huhu sabor jeler..

La dOLcE mEa_nAtt said...

kak : rasa meroyan nak pegi CH jugak....hahah

Ann Ishak said...

Norhaizan Hakim - agaknyalah...

Ann Ishak said...

fazitaismail - ada tau, peniaga pun macam2 ragam jugak

Ann Ishak said...

La Dolce Mea Natt - pegi dek ;)