Thursday, December 20, 2012

Hutan Lipur Lata Iskandar

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak edisi berjalan di Cameron Highland. cukuplah setakat 2D1N dekat sana sambil menikmati suasana jammed maha mega hebat tapi tetap seronok. ala duduk KL pun hadap jammed hari2 jugak kannnn. perjalanan balik kali ni kami ikut Tapah pulak. 
      
Tempat persinggahan terakhir kami adalah di Hutan Lipur Lata Iskandar. 1st time saya singgah sini, sebelum ni lalu je tak pernah pun rasa nak berhenti. since kereta kakak di depan dan dia bagi signal berhenti, kita pun berhenti sama. lebih kurang 6++pm jugak waktu tu, tapi still ramai orang singgah untuk mandi dan ada jugak yang saja hirup udara segar.

Best je tengok air terjun dekat belakang tu, kami tak mandi pun. celup2 kaki dalam air pun nan ado. yang bestnya kawasan ini ada disediakan surau yang pada pendapat saya terjaga kebersihannya.

Dengarnya boleh buat aktiviti berkhemah dekat sini tapi tak takut ke hihihi...maklumlah kawasan hutan.

 ceh, tak suka jadi photojuru...

Sempat jugak beli goreng pisang, keledek goreng, jagung rebus...sejuk2 ni lapo pulak. gerai2 jualan barangan kraf pun banyak di sepanjang jalan.

Cantik kan pemandangan di atas sana. dah selesai solat, ambik gambo bagai, kami pun berangsur pulang. sempat singgah gerai orang asli, geram tengok rebung cantik2 je diorang jual.

Tepat waktu magrib, kami dah sampai RnR Tapah. berhenti untuk dinner sebab selepas ni kami akan berpecah haluan. my sista akan teruskan perjalanan sampai ke Seremban. okay dah habis edisi jalan2 bersama keluarga tercinta di Cameron Highland...ada rezeki kita datang lagi ye.

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

boleh tahan jugak nampak airnya tu.. kami dah lama tak pegi air terjun.. maklum la ada budak kecik..

Mie said...

Kalau singgah hutan lipur Kuala Woh pun best jugak...

Amanda Suria said...

i baru nak gerak CH Ahad ni

Ann Ishak said...

Rai - betul tu, jangan buat pasal nak pegi sana rai :)

Ann Ishak said...

Mie - Kuala Woh tu dekat mana pulak mie

Ann Ishak said...

Amanda Suria - mesti bestkan along pegi CH