Wednesday, December 5, 2012

Jackie's Apartment Cameron Highland

Seawal 10am dah boleh ambik kunci dan masuk ke apartment yang saya booking via Agoda.com. memang seronoklah sebab boleh rehatkan badan sementara menunggu waktu lunch. 

Apartment yang kami akan stay selama di CH ni adalah di dalam kawasan Equatorial Hotel. saya berjumpa with person in charge for that apartment pun di lobi Equatorial. 
 
Ruang apartment yang sangat bersih, kemas dan luas betul. kalau semua anak2 Hj Ishak berkumpul pun confirm muat sangatlah kalau gini punya besar. main sofa tu boleh jadi tempat tido jugak, bukak je lapisan bawahnya...dah jadi katil. kami tak gunakan pun sebab masing2 cukup dalam bilik je. cuma diingatkan, jangan lupa bawak stoking tau. lantai tu kemainlah sejukkkkkk kalau di pijak tanpa memakai stoking. sepanjang masa saya di sini, kaki ni rasanya masuk toilet je tanggal stoking...selebihnya memang bersarung.

Dapur yang complete dengan semua perkakas memasak, kuali periuk pun ada okay. sabun pencuci pun ada, tong gas yang boleh digunakan untuk memasak pun ada. senang cerita memang serba lengkap dapur ni bak kata orang...fully furnish. saya dengan my sista setiap kali kalau travel, pasti akan bawak bekal coffee or tea bag...takde masalah kalau memalam nak mengeteh stock ada banyak. lagi pun CH ni kan femes dengan teh boh nya, apa lagi...

Yang paling best sekali, huge fridge sampai 2. kalau duduk seminggu pun belum tentu penuh satu fridge tu. kami just guna satu fridge je. 
 
Apartment ni mempunya 3 bedrooms and 3 toilet, takde masalah nak berebut bilik air ye. cuma pili toilet takde air panas, kalau dah melepaskan hajat tu jangan terus siram...mau terkejut nanti sebab airnya sejukkkkkkk sangat.

View from our balcony adalah mengadap lobi Equatorial Hotel. view dari bilik my sista pulak mengadap pasar pagi. since apartment ni berada di dalam kawasan hotel, of course view adalah cantik dan well maintained. dengan angin yang bukan takat sepoi2 bahasa, nafas pun boleh nampak asap, pemandangan yang luas sebab kedudukan apartment yang tinggi. from this balcony boleh tengok sunrise tapi nan adolah dengan saya, dah sejuk2 ni...bergulung dalam selimut lagi bagus :)
 
Kedudukan apartment yang berdekatan dengan Strawberry Farm, Butterfly Farm, Rose Valley dan Kea Market...tak jadi masalah kalau malas drive, boleh berjalan kaki saja dari apartment. ruang parking pun banyak, jangan risau di situ.

Apartment ni ada disediakan wifi dan astro, memang syok sangat. wifi laju kebabommm dan astro pulak guna Beyond, bukan astro biasa. kot2lah ada yang nak bertanya harga kan, masa saya stay ni harga apartment untuk semalam adalah RM500.

7 comments:

kasihredha said...

salam kenal
thanks follow akak
akak pun dah follow..

Lia Ilnia said...

Berbaloi dgn harga. Hr tu Lia pg CH, hotel semalam RM 300, tiga family masuk satu apartment. Cuma tak ada wifi dgn dapur gas serta pekakas. So far, ada peti sejuk, astro dgn air panas. Tapi okey juga.

Nor Azura Baharudin said...

Sy br booking via agoda.com.rasa teruja bila bca blog ni

Nor Azura Baharudin said...
This comment has been removed by the author.
Ann Ishak said...

kasihredha - terima kasih :)

Ann Ishak said...

Lia Ilnia - itu pun dah cukup lia, bukannya nak stay sampai seminggu dekat sana kan :)

Ann Ishak said...

Nor Azura Baharudin - :)