Monday, December 24, 2012

Ke Palong kita

Selagi tak sekolah, selagi itulah kerja nikah kawin ni tak habis2 kan. kali ni saya dengan rombongan separa anak cucu Hj Ishak bertandang ke Palong 2 pulak untuk acara menyambut menantu pakcik saya belah Hjh Jaharah (arwah mak kita).
 
Pada yang tak tau Palong tu dekat celah corok mana ye...Palong ni terletak dekat gugusan Negeri Sembilan ye. Palong ni besar, ada sampai Palong 20an jugak. itu kiranya dah berjiran dengan Pahang dan berbakti sebagai tanah Felda. pakcik saya ni kiranya Palong yang awal2 gugusannya, Palong 2.
 
Yang seronoknya orang Felda kalau ada kenduri kendara, ada orang2 blok yang datang tolong menolong. sedara mara memang pakat datang makan je, takde peluang nak sinsing lengan baju nak buat kerja pun. semuanya orang2 blok ni yang akan uruskan.

 Saya ni sinsing lengan baju sebab panas weh... cair makeup Saloma ahkak tau.

Tak dapat buat kerja pun takpe, janji dapat gebang kak tijah pun jadilah ek... macam biasa, gambo pengantin ahkak memang malas nak snap, walaupun bau2 durian dengan ahkak. tengok muka ahkak dah la, ala2 pengantin jugak dek, yang ke 2 tahun...auwww

No comments: