Tuesday, December 18, 2012

Kok Lim Strawberry Farm

Setakat nak makan or tengok strawberry memanglah tak berapa nak heran kan. dekat KL pun banyak strawberry jual di mall2 tak payah nak datang Cameron Highland semata nak tengok strawberry. dah alang2 datang katanya, apa salahnya kalau kita merasa pulak feel memetik buah strawberry pulak. haaaaaaaaa ini aktiviti yang menarik bila kira berada di CH. 

Saya dah pernah buat aktiviti memetik buah strawberry ni beberapa tahun yang lepas memang best sangat, kali ni tak terasa pulak nak buat lagi. tapi my anak buah si Manja begitu teruja sekali nak memetik, dengan alasan dia geram tengok strawberry tu gemuks2 katanya. okay demi nak memenuhi permintaan budak ni, kami singgah di Kok Lim Strawberry Farm. bagilah dia merasa kan, dengan ditemani mummy nya masuk sekali. saya dengan Ayang dan Nina merayau2 di sekitar kawasan jualan je, the heros pulak pegi tido dalam kereta sambil bukak tingkap...sejuk katanya.
 
Sekitar kawasan ini ada banyak kedai menjual cenderamata, pakaian, product tempatan CH, buah buahan dan ada jugak cafe disediakan bagi pengunjung2 menikmati keindahan ladang strawberry yang menghijau merah tu. di sebelahnya pulak ada Geleria Time Tunnel, saya tak pernah masuk situ lagi, tak taulah apa yang menarik di dalamnya.

Inilah hasil petikan dua beranak tadi, dapat dalam 1/2 kilo ++, nearly RM40 jugaklah harganya. kiraannya macam ni, RM20 untuk dua orang sekali masuk memetik strawberry. sekiranya lebih dari 1/2 kilo dari hasil petikan strawberry tadi, setiap lebihan strawberry akan dikenakan bayaran sebanyak RM4 untuk setiap 100gram.  

4 comments:

Cho Zila said...

haritu silap masuk tempat stoberi.. tak best tak leh petik.. nak repeat gi CH sebab nak rasa petik sendiri stoberi...

Kak Mahh said...

Banyak kali hanya melintasi saja lokasi ini tak pernah pun singgah.

Ann Ishak said...

Cho Zila - dah repeat ke pegi CH masa cuti sekolah kelmarin

Ann Ishak said...

Kak Mahh - cubalah akak singgah nanti, menarik tempat ni...boleh petik stoberi