Monday, December 10, 2012

Medan Selera Masjid Kayangan Brinchang Nik Ikan Bakar

Malam yang di tunggu, tak sabar rasanya nak pegi makan dan jalan2 dekat pasar malam Brinchang yang femes tu. tapi dalam kegembiraan tu ada jugak bosan geramnya...

Kalau ada yang berhajat nak pegi Cameron Highland (CH) tolonglah jangan pegi waktu2 public holiday atau musim cuti sekolah, ginilah jadinya...tapi kalau sanggup tak menjadi masalah rasanya :) kalau nak ikutkan dari apartment ke Brinchang hanya ambik masa 5 to 10 mins only tapi kerana kesesakan yang mega teruk, kami stranded dalam kereta selama 2 jam. rasa geram, penat, nak marah pun ada + rasa perut lapar lagi sampai satu tahap rasa macam nak parking kereta dekat tepi jalan dan jalan kaki je ke Brinchang. ramai orang yang buat macam tu tapi saya fikir balik, masa pergi tu memang takde masalah sebab turun bukit tapi masa balik nanti adalah masalah besar dengan nak membawa barang bagai. tetapi selepas 2 jam dalam kereta, akhirnya kami terpaksa jugak ambik keputusan untuk parking kereta tepi jalan dan berjalan kaki saja. mujur jarak kereta dengan Pekan Brinchang dah tak jauh lagi, dari pening kepala nak cari tempat parking kereta nanti lebih baik tinggalkan aja di tepi jalan. kami cari tempat yang agak terang dan selamat untuk tinggalkan kereta. 

Tempat makan pilihan untuk dinner adalah di Medan Selera Masjid Kayangan Brinchang Nik Ikan Bakar yang lokasinya berhampiran dengan Masjid Brinchang. mujur masa kami sampai tu ada 2 meja yang penghuninya baru saja bangun. berkejar2 anak2 pegi chop meja tu sebab keadaan kedai yang penuh, kang orang lain ambik nanti tak pasal2 kena tunggu pulak. antara makanan yang kami order...

 ikan kerapu bakar

 telur dadar 2 piring
 
 lala masam manis

 sayur campur

Tomyam Campur ni memang menyenangkan di waktu hawa dingin begini. harga makanan di sini adalah berpatutan dan rasa makanan jugak adalah sedap.

Selepas dinner tu, sambung berjalan di pasar malam pulak. akhirnya the heros je yang berjalan ambik kereta, kami yang gegirl ni tunggu dekat Petronas Brinchang sambil minum kopi panas...perh nikmat hidup.

4 comments:

Cho Zila said...

memang payahler kalau gi waktu peak season.. entah macamanaler nak betoikan yerk... tapi suka gak gi CHtu...

Ema Blog said...

pernah mkn kat sini masa bercuti di sana..tp ada salah sorang yg hantar komen..katanya org di sana tak makan kat siru sebab ada antara mereka menghidap AIDS..WALLAHUALAM..

Ann Ishak said...

Cho Zila - tau takpe, sungguh pun jammed bagai nak gila tapi tetap tak serik nak datang lagi.

Ann Ishak said...

Ema Blog - Allahu akbar...