Saturday, December 22, 2012

Meletak tangan di atas paha ketika duduk antara dua sujud

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 32 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya pernah mendengar pandangan yang menyatakan ketika duduk antara dua sujud, tangan yang diletakkan di atas paha, jari tangan tidak boleh melebihi lutut. Apakah pandangan ini benar?

Jawapan

Ketika duduk antara dua sujud, sunat meletak jari kedua-dua belah tangan selari dengan kepala lutut iaitu jari tidak lebih dari lutut ataupun terbelakang dari lutut.

Oleh kerana hukumnya adalah sunat sahaja, siapa yang meletakkan jarinya melebihi kepala lutut sebagaimana dalam soalan tidak memudaratkan solatnya. (Rujukan kitab I'anat at-Tolibin)

4 comments:

Kakzakie said...

Penjelasan yg baik buat yg tak faham Ann.

azieazah said...

Terimakasih.

Ann Ishak said...

Kakzakie - ye kak :)

Ann Ishak said...

azieazah - sama2 kakak :)