Sunday, December 16, 2012

Membaca doa Qunut

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 31 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Adakah doa qunut yang dibaca dalam solat subuh boleh ditinggalkan?

Jawapan

Membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafii. Oleh itu, sekiranya tidak membaca, tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut. Sesiapa yang tertinggal membaca qunut, sunat melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam. Sekiranya sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh, solatnya tetap sah dan tidak berdosa.


p/s : jalanlah tak baca langsung ye, sayang peluang mendapat pahala sunat terlepas begitu je

No comments: