Saturday, December 15, 2012

Menggerakkan jari semasa tahiyat

Solat - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 29 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum mengerakkan jari semasa tahiyat?

Jawapan

Pandangan majoriti sarjana fikah ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak mengerak-gerakkannya. Hadis menyatakan Nabi Muhammad memberi isyarat jari sahaja tanpa digerak-gerakkannya lebih kuat.

Abdullah bin Zubair menyatakan, Nabi Muhammad memberi isyarat dengan jari sahaja dan tidak mengerak-gerakkannya.

Al-Baihaqi menyatakan kemungkinan maksud hadis mengerakkannya itu ialah memberi isyarat dengan jari sahaja.

2 comments:

j.e.h.a.n. said...

bagus info ni..dkt mekah, sesetgh org arab dr memcm negara, jari telunjuk diorg mst goyang2..so mcm t'tnya2 jgk

Ann Ishak said...

perkongsian ilmu yang bagus :)