Wednesday, December 19, 2012

My Ex & The Neighbours

Salah satu cerita Korea yang saya follow setiap hari, dah habis pun on last Monday. tahan bersengkang mata nak tengok cerita ni, waktu siarannya 630pm tapi saya jarang dapat tengok waktu ni, terpaksa tengok ulangan pada 130am. happy ending...

http://asianwiki.com/images/9/93/Definitely_Neighbors-p1.jpg
Mengisahkan pasangan suami isteri yang berpisah tetapi mempunyai hubungan yang tidak baik, sering bergaduh dan sentiasa berebut hak penjagaan anak perempuan mereka (Kim Eun-Seo). 
Definitely Neighbors-Son Hyeon-Ju.jpg Definitely Neighbors-Yu Ho-Jeong.jpg Definitely Neighbors-Ahn Eun-Jung.jpg
Selepas berpisah dengan suaminya (Kim Sung-Jae), isteri (Yun Ji-Young) ini cuba untuk tinggal balik di rumah keluarganya tetapi di tentang keras oleh ayahnya (Yun In-Soo). jadi terpaksalah isteri ni tadi tinggal di rumah kawannya yang kebetulan akan berpindah sementara ke luar negara.
Definitely Neighbors-Park Keun-Hyeong.jpg Definitely Neighbors-Jeong Jae-Sun.jpg 
Keadaan menjadi bertambah haru bila mana pakcik (Kim Woo-Jin) kepada bekas suami telah berpindah dan berjiran pulak dengan bekas isteri tadi. terpaksalah mereka bertemu selalu bila bekas suami mengambil keputusan untuk tinggal sementara bersama pakciknya dengan alasan untuk menjaga anak perempuan mereka. adegan bergaduh tu confirm ada setiap kali mereka bertemu, memang kelakar bila tengok mereka bergaduh pada benda2 yang tak sepatutnya.
Definitely Neighbors-Hong Yo-Seop.jpg
Buat masa sekarang belum ada cerita Korea yang menarik di hati. cerita baru di tayangkan sekarang adalah cerita ulangan, tak kuasa heh nak tengok.



 

4 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hehehe layan korea jugak rupanya...

dah lama xtgk drama korea.. asyik layan running man je...

Cho Zila said...

tajuk ..ingatkan per tadi tau... dah lama tak dapat layan crt koreani.. kena ada masa banyak..

Ann Ishak said...

CikMoonAdnan - running man tu rancangan reality kan :)

Ann Ishak said...

Cho Zila - saya suka tengok citer korea dari tengok sinetron :)