Thursday, December 20, 2012

My Slice Cheese Cake

Menu minum petang saya, Slice Cheese Cake bikin sendiri. tekstur kek yang gebu's dan moist, sedap je lalu di tekak bersama teh o panas berasap. nak buat jugak ke, meh ai bagi resepi;

Bahan2
6 keping slice cheese
300ml susu segar
100gm butter
6 biji telur - asingkan putih dan kuning
125gm gula
100gm tepung gandum
Sedikit esen vanila

Cara2
1. Siat slice cheese kecil2. campurkan susu segar dan masak di atas api sederhana sehingga semua cheese cair dan larut.
2. Masukkan butter dan biarkan butter cair. tutup api dan sejukkan.
3. Pukul gula dan putih telur sehingga kembang dan menjadi meringue.
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga kembang.
5. Masukkan sebatian cheese, butter dan susu tadi dalam bekas, masukkan kuning telur dan kacau rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dan masukkan sedikit esen vanila.
7. Akhir sekali masukkan meringue ke dalam adunan tadi menggunakan cara kaup balik sehingga adunan rata.
8. Butter sekeliling loyang dan alaskan dengan kertas minyak. masukkan adunan ke dalam loyang.
9. Bakar menggunakan kaedah bain marie untuk mendapatkan kek yang lebih cantik. kemudian masukkan ke dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit. kemudian kurangkan suhu kepada 140C dan sambung bakar lagi selama 40 minit.

8 comments:

ejulz said...

waaaaaa.. sedap.. nak sikit.. hehe

Rai Ourkizuna said...

saya buat recipe ni masa birthday aqil..memang sedap..lagi2 topping dgn whipped cream dgn strawberry filling, lepas tu disejukkan.. adeh kak.. rasa cam nak buat lagi..

Mimy Hamid said...

senang je bahan resepi dia,...nak buat la

Cho Zila said...

itu sudah baguih .. suka gak kalau cheese cakeni..

Ann Ishak said...

ejulz - meh ambik dekat gambo :)

Ann Ishak said...

Rai - buatlah rai, bagi aqil makan lagi :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - buatlah :)

Ann Ishak said...

Cho Zilo - cheese cake memang selalu jadi pilihan tekak kita kan :)