Wednesday, December 12, 2012

Nasi bungkus murah

Dah lama usha tempat ni, just open table satu payung je dekat tepi jalan dalam kawasan taman rumah saya. rasanya gerai ni bukak tengah hari je tapi mesti ramai orang membeli sampai beratur panjang. of course saya pun teruja jugak nak membeli sama, sanggup pegi sambung barisan walaupun panjang. tak rasa tak tau kan...
 
Beli tapau bawak balik rumah. tulis dekat banner gerai tu "Nasi Ayam Goreng RM2.50, murah sangat kan.
 
Ini dia rupa nasinya, sorrylah sememeh sikit sebab bungkus sekali dengan kuah gulai tu. lepas tu ada letak ayam goreng yang di potong kecik2 tapi ada beberapa ketul peniaga ni taruk, jeruk timun dan sambal belacan. 

Apa yang saya boleh kata, memang sedap especially sambal belacannya. nasi yang agak banyak untuk saya. peniaga gerai ni adalah suami isteri, kadang2 terkejar mereka nak membungkus order yang banyak. bagus tak kedekut, boleh mintak lebih nasi atau ayam tapi harga lebih sikit la. insyaAllah, semoga perniagaan makanan mereka bertambah laris nanti. 

8 comments:

munna said...

bestnya ... dahlah murah sedap pulak tu....

Ummiarissa Mahdi said...

memang murah tu...nampak sedap jugak ...

Rai Ourkizuna said...

wahh..susah nak dapat nasi bungkus dengan harga macam ni..

lauknya tu macam nasi berlauk yg jual kat kelantan tu kak..

Cho Zila said...

akakpun kalau orang tak kedukeut gini didoakan moga terus maju perniagaannyer...

Ann Ishak said...

munna - betul tu munna

Ann Ishak said...

Ummiarissa Mahdi - pada tekak saya memang sedap

Ann Ishak said...

Rai Ourkizuna - oh ye ke

Ann Ishak said...

Cho Zila - betul tu kak, kita pun kenyang...sama2 untung kan