Sunday, December 2, 2012

Plan 2 beradik

Plan yang tidak di jangka sebenarnya, since anak buah balik cuti sebulan...ingat nak bawak diorang ni jenjalan sebelum balik U semula. saya dengan my sista decided to bring them to Cameron Highland (CH) dan diorang setuju, jadi ON plan ni.
 
As per plan, perjalanan saya di mulakan seawal sebelum subuh lagi lebih kurang 430am dah start engine kereta coz my sista keluar rumah around 4am dari Seremban katanya. pit stop pertama berjumpa di RnR Rawang. okay as per planned jugak saya sampai Rawang tapi bila called my sista, rupa2nya dia baru nak keluar rumah da... biasalah plan melayu macam tu lah, saya teruskan perjalanan dan plan bertemu di RnR Tapah saja sebab bila tengok waktu masa tu, bolehlah berhenti subuh di Tapah je.

Selepas sampai Tapah, solat dulu dan by the time saya habis solat...my sista pun sampai. they olsss solat dan terus je breakfast di RnR Tapah ni. walaupun di awal pagi dah sampai sini tapi keadaan dekat RnR ni memang ramai, nak dapat tempat duduk pun kena tunggu giliran. 

Perancangannya nak naik CH ikut Simpang Pulai, so kami sekeluarga teruskan perjalanan ke arah Ipoh untuk exit di Simpang Pulai nanti. ada sedikit sesak masa dah melepas exit Tapah, ada accident yang membuatkan jalan sesak sampai 1/2 jam lamanya. 
 
Alhamdulillah akhirnya kami dah memasuki kawasan Simpang Pulai untuk ke CH around 8am. 

Okay dah mula nak mendaki bukit CH, Faizal membuta dekat sebelah. sudahnya saya kejutkan dia jugak supaya boleh jadi teman bercakap sebab masa tu mata saya pun dah layu dek breakfast nasi lemak sebelum tu. kalau di tahan2 nanti mau bawah gaung pulak peginya kereta ni ahaksss.

10 comments:

Aishah Jahirah said...

awalnya bertolak.....hehee

Mohd Shafwan said...

selamat bercuti

azieazah said...

Nanti sambung kisah di atas CH sana ya. Mesti cantik pemandangan matahari terbit dan ladang teh!

Ema Blog said...

dah lama tak ke sana..

Kasih Salina said...

seronok nya jalan2 di cameron..boleh mkn stoberi cicah coklat..

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - kenalah sebab 2D1N stay je

Ann Ishak said...

Mohd Safwan - thanks ;)

Ann Ishak said...

azieazah - okay, stay tune

Ann Ishak said...

Ema Blog - saya pulak baru tahun lepas ke sana

Ann Ishak said...

Kasih Salina - dah macam SN pulak