Dari raya Aidiladha sampai sekarang, berkepuk tulang ni tak bermasak. meh saya masak sup je, tak sanggup pulak nak simpan sampai tahun depan. tak payah panjang2, nak ambik resepi di bawah;
Rebus tulang selama 30mins. di dalam periuk yang lain, tumiskan bawang besar yang dibelah 4, hirisan bawang putih, halia yang diketuk, kulit kayu manis, rempah kurma dan serai yang diketuk sehingga garing. kemudian masukkan tulang yang dah direbus tadi bersama air rebusan sekali, boleh tambah lagi air ikut quantiti tulang tu. kacau mesra dan biarkan sehingga mendidih selepas itu perasakan dengan garam, cili padi yang diketuk ikut tahap kepedasan memasing (tak suka pedas, jangan letak cili), hirisan seleri, serbuk lada hitam nak bagi panas, jus limau nipis dan daun sup yang dipotong kasar. biarkan mendidik lagi dan bolehlah di hidangkan dengan nasi panas. kalau makcik saya di kampung pulak suka hidangkan dengan mee kuning ataupun bihun.
Kalau dah sediakan sup tulang, satu benda wajib ada sekali adalah telur asin + sambal belacan, memang terBAEK lah. tapi saya rajin sampai tahap telur asin je, lepas tu saya buat lawan dengan sambal terung ikan bilis.
8 comments:
Sedapnya hidangan tu. :)
makan dengan nasi panas memang menyelerakan...
ekon tgh sejuk gila ni..tgh sup rasa meleleh air liur.sedap tu makan sup panas dihari sejuk2 gini.awak buat saya terliur la
ya ampunnnn tengah lapaq sangat2 ni
Kakcik Nur - terima kasih kakcik
Norhaizan Hakim - betul tu
Irfa - ye ke hihihi
La Dolce Mea Natt - hahaha ya ampunnn
Post a Comment