Thursday, January 17, 2013

Bihun Goreng Tomyam

Hidangan untuk bersahur pagi tadi, Bihun Goreng Tomyam.
 
Ketuk bawang putih dan tumiskan sehingga harum. masukkan cili kering dan tumis lagi hingga cili masak. kemudian, masukkan tomyam paste, ayam yang dipotong kecik2 dan fish cake yang dipotong nipis, gaul mesra dan sehingga ayam masak secukupnya. selepas tu, masukkan sos cili, sos tomato , sos tiram dan perasakan dengan garam. gaul mesra lagi dan letakkan sedikit air. bila dah mengelegak, masukkan bihun yang dah direndam sebelum tu. gaul beberapa ketika, letakkan pula lobak yang diracik halus dan jus lemon. gaul dan gaul sampai mesra semuanya dan bolehlah angkat.
 
Kalau ada sikit lagi kerajinan, buatlah telur dadar or telur goreng hancur untuk taburkan ke atas bihun tadi. dah siap, boleh ngap...

8 comments:

Unknown said...

bihun check
tomyam check

okeh..weekend boleh buat nanti.. waaa.. lapaaa je tengok makanan.. hahhaa..

azieazah said...

Kak Azie pun sebenarnya plan nak buat bihun utk sarapan anak pi sekolah, tp ntah cemana terbuat Cekodok Kentang pulak.
I like mihun goreng!

munna said...

sedapnya.... kat rumah munna ni en abg dgn meya hantu mihun goreng.....

Ratu Hatiku said...

seumur hdup blm pernah buat mehun tomyam...sesekali blh la cuba kan :D

Ann Ishak said...

Rai - :)

Ann Ishak said...

azieazah - same goes to me :)

Ann Ishak said...

munna - bestnya, mesti selalu munna masak mihun goreng :)

Ann Ishak said...

Ratu Hatiku - cubalah, sedap tau :)